Wednesday, 3 August 2011

STRESS ???SETIAP PENYAKIT PUNYA JALAN PENYELESAIAN .

    Stress ?penat bukan?kadang-kadang stress boleh direlatekan kepada migrain .kadang sebab stress boleh sakit gigi .bnyak situasi dan banyak keadaan yang dapat membawa kita kepada stress .dan disebabkan stress juga ramai orang cuba membunuh diri .ok .sekarang cuba kita lihat senarai2 kenapa orang boleh jadi stress.

  1. Mainly dan kebanyakan remaja .mesti sebab putus cinta .
  2. Tekanan di tempat kerja (orang-orang yang berkerjaya)
  3. Susah nk belajar (pelajar biasanya)
  4. Anak2 buat hal (ibu bapa)
dan banyak lagi .kalau nk disenaraikan memang panjang berjela2 .tapi pernahkah kita terfikir stress ada jalan penyelesaian ?mungkin ramai yang ada method tersendiri .mungkin jugak ramai yang bile stress je buat xtaw .ada jugak jenis stress pergi cakap sensorang .ada yang stress je tulis kt diary .itu salah satu diantara berjuta2 cara untuk menangani stress secara emosi .secara klinikal pulak ?makan panadol nk kasi urat2 kepala tu tak tegang .betol kan ?jadi tujuan penulis menulis blog ni adalah satu satu effort untuk orang yang membacanya .mungkin cara2 ini xberkesan .tetapi kesemua ahli keluarga penulis dah cuba cara2 ni dan kesemuanya menjadi .mungkin para pembaca boleh menilai sendiri kerana penulis tidak berhajat kepada pujian atau wang ringgit .cuma untuk perkongsian ilmu kepada mana2 yang menpunyai masalah yang sama .jadi .cuba kita lihat kepada step2 di bawah .mana taw ada yang dapat membantu .


  • Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.
  • Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.
  • Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.
  • Menguap boleh membantu anda relaks dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.
  • Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.
  • Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.
  • Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.
  • Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
  • Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.
  • Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.
  • Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.
  • Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.
  • Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.
  • Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.
  • Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.
  • Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.
  • Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.