Powered By Blogger

Wednesday 3 August 2011

STRESS ???SETIAP PENYAKIT PUNYA JALAN PENYELESAIAN .

    Stress ?penat bukan?kadang-kadang stress boleh direlatekan kepada migrain .kadang sebab stress boleh sakit gigi .bnyak situasi dan banyak keadaan yang dapat membawa kita kepada stress .dan disebabkan stress juga ramai orang cuba membunuh diri .ok .sekarang cuba kita lihat senarai2 kenapa orang boleh jadi stress.

  1. Mainly dan kebanyakan remaja .mesti sebab putus cinta .
  2. Tekanan di tempat kerja (orang-orang yang berkerjaya)
  3. Susah nk belajar (pelajar biasanya)
  4. Anak2 buat hal (ibu bapa)
dan banyak lagi .kalau nk disenaraikan memang panjang berjela2 .tapi pernahkah kita terfikir stress ada jalan penyelesaian ?mungkin ramai yang ada method tersendiri .mungkin jugak ramai yang bile stress je buat xtaw .ada jugak jenis stress pergi cakap sensorang .ada yang stress je tulis kt diary .itu salah satu diantara berjuta2 cara untuk menangani stress secara emosi .secara klinikal pulak ?makan panadol nk kasi urat2 kepala tu tak tegang .betol kan ?jadi tujuan penulis menulis blog ni adalah satu satu effort untuk orang yang membacanya .mungkin cara2 ini xberkesan .tetapi kesemua ahli keluarga penulis dah cuba cara2 ni dan kesemuanya menjadi .mungkin para pembaca boleh menilai sendiri kerana penulis tidak berhajat kepada pujian atau wang ringgit .cuma untuk perkongsian ilmu kepada mana2 yang menpunyai masalah yang sama .jadi .cuba kita lihat kepada step2 di bawah .mana taw ada yang dapat membantu .


  • Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.
  • Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.
  • Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.
  • Menguap boleh membantu anda relaks dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.
  • Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.
  • Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.
  • Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.
  • Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
  • Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.
  • Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.
  • Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.
  • Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.
  • Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.
  • Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.
  • Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.
  • Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.
  • Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan. 

Friday 29 July 2011

Renung2kan .Cinta Allah itu Maha Luas

Luasnya Ciptaan Allah


Gambaran Dari Sudut Sains

Gambaran Teori Big Bang
cuba perhatikan ombak .siapa yang kawal ?xtaw kn ?ia macam satu mekanisma yang berulang2 dan tiada penghujung .btol kn ?haa .skrang cuba tgk awan ?ada penggantung ?ade nampak tiang die ?xde kn ?mesti xde kan ?awan ada bnyak jenis .awan yang bawak hujan ada .awan yang bawak malapetaka ada .awan yang bawak ribut pon ada .tapi kita xtaw ponjenis2 awan yang ada atas kepala kita .namun Allah Maha Mengetahui bukan ?haaa .sekarang cuba pkir macam mana bintang terjadi ?bintang .bukan planet .bintang .xterpikir kan ?susah kn ?pening sikit ?hahahah .biasa la .cuba tgok notis ni . dan cuba paham betol2 apa yang ada dalam ni .mungkin xpadat .ia cuma ringkasan supaya semua senang paham . oke .kita mula dari awal . Bismillah . pertama .bintang terbentuk selama 24 juta tahun cahaya .ianya bermula dari kimpalan2 gas yang terkumpul di dalam satu jisim yang ringan .selepas itu , kumpulan2 gas kecil itu bertambah dgn masuknya jisim2 besar ke dalam jisim kecil yang telah terkumpul itu  dan mengeluarkan haba2akibat perlanggaran dan daya tenaga kinetik yang tinggi  .haba itu secara tidak langsung akan  mengecas ion2 yang terperangkap di dalam jisim yang sedia ada dan menyebabkan satu proses yang dipanggil 'Nuclear Fussion' berlaku .di mana ion2 yang dibekalkan dengan haba akan bergerak dengan halaju yang tinggi dan melanggar ion2 lain .proses itu berlaku dengan begitu lama dan berterusan maka terhasillah  pusat graviti  yang tersendiri .ia secara xlangsung menarik partikel2 kecil ke dalam dan proses Nuclear Fussion semakin kerap berlaku dengan adanya tenaga kinetik yang tinggi .selepas 24 juta tahun cahaya .sebutir bintang terhassil .hasil daripada perlanggaran2 kecil itu tadi .ia akan membebaskan haba dan letupan ataw lebih dikenali sebagai BIG BANG berlaku .takjub bukan ?itu hanyalah  penciptaan suatu benda yang xbernyawa di panggil bintang .jika perkara sekecil ini kita sudah takjub .bagaimana keagungan  Pencipta yang mampu mencipta segala jenis hidupan dan benda dengan lafaz Kunfayakun .kembalilah kepada Allah sementara masih ada peluang di samping mu itu . cinta Allah itu sentiasa di samping mu
-Penggapai Cinta Illahi-